Sunday, 30 June 2013
Kerlipan Cinta
Hidayah
Kerlipan cipta cintaku..
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cinta keseorangan
Aku
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati..
Pada-Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat-Mu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku-liku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar de jemala mentari
Dan dibahu gunung
Pasrahku abadi untuk-Mu
Untuk-Mu
Kukembasa setia disisinya
Kuingin bahagia abadi
Kuimpikan sentosa naungan-Mu
Selamanya...
Pantun Kelantan
Pernah x anda berpantun dalam bahasa kelantan? Biasanya kita dengar oreang berpantun dalam bahasa malaysia, kali ni jom sama2 belajar pantun dalam bahasa kelantan..
Sapo ada denak buro kukur, ( siapa ada denak burung tekukur ) Bulih ambo pinje wak mikak, ( boleh saya pinjam untuk pergi menjerat burung )Kalu kita pandai bersyukur ( kalau kita pandai bersyukur )Umur ko panje, rezeki ko berkat ( umur makin panjang, rezeki makin berkat )
Basuh kain bowoh pokok nipoh ( basuh kain bawah
pokok nipah )
Tepi sungai ada sawoh ( tepi sungai ada sawah )
Buat baik bukan nok ngupah ( berbuat baik bukan
kerana upah )
Tapi ikhlas kerana Allah ( tapi Ikhlas kerana
Allah )
Jerang air dale kendi ( jerang air dalam kendi )
Nok hide ko tok tua mari ( untuk dihidang kepada
bapa mertua datang )
Kalu jenih tino malah mandi ( kalau
perempuan jenis yang malas mandi )
Besar seksok payoh bulih tok laki ( besar nanti
payah dapat suami )
Tepi tasik ada pasar ( Tepi tasik ada pasar )
Tempak ore bukak kda ( Tempat orang nuka kedai )
Keh kasih punyo pasal ( kerana mu wahai kekasih )
Seluar dale pun rela gadai ( seluar dalam pun
sanggup aku gadai )
Teduh lembu bowoh basal ( teduh lembu bawah
bangsal )
Male-male makan roti ( malam-malam makan roti )
Tadah ilmu sapa besar ( tuntut ilmu sampai besar
)
Jadi bekale sebelom mati ( jadi bekalan sebelom
mati )
Dale beledi ada katok ( dalam baldi ada katak )
Buat upe ike puyu ( dijadikan umpan ikan puyu )
Budi baik adik kakok ( budi baik semua )
Trimo kasih, I love You. ( terima kasih, I love
You )
I love Kelantan =)
Saturday, 29 June 2013
Juara Piala FA 2013 KELANTAN.... Tahniah!!!
Sekali lagi Kelantan menjuarai Piala FA musim ini dengan menewaskan Johor Darul Takzim 1-0. Tahniah buat pasukan yang dikenali dengan pasukan The Red Warriors.. Pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang menang Piala FA buat dua kali berturut-turut 2012-2013.. Adakah pasukan ini menjadi pasukan pertama kali hatrik menjuarai piala ini?? hehe.. Dengan jaringan sulung Nurfarham Mohamad pada minit ke 16 sekaligus membawa pasukan Kelantan mempertahankan kejuaraan yang sama diraih pada musim lalu.
Keputusan penuh Kelantan 1-0 Johor DT
Thursday, 27 June 2013
Tips untuk mengawal Mood Swings
Sedih, marah, kecewa, okay, xokay gembira, bimbang, takut, suka, serabut perut, keliru, teruja, bosan, sumbak?? Mahu cara untuk mengelakkan masalah ini?
1) Ambil nafas dalam. Cuba untuk berehat. Ini akan memberikan anda sedikit masa untuk membersihkan kepala anda.
2) Tulis bagaimana anda rasa dan mengapa anda fikir anda mungkin rasa macam ni. Anda akan tahu punca masalah anda.
3) Picit kepala sendiri. Walaupun ia tidak mungkin rasa sesedap picitan di spa, tapi atleast ia akan buat anda melegakan kepala anda dan tenangkan fikiran anda.
4) Bergerak/berjalan. Jogging setempat ke, warm up ke, melantun kaki anda atas dan ke bawah ke, atau hanya berjalan-jalan. Apa sahaja yang melibatkan anda menjadi aktif.. Dan jangan pula berjalan2 kat luar rumah di tengah malam2 ni.. Nanti kena embun pagi demam pulak jadinya.. hehe
5) Perlu diingat bahawa setiap hari adalah rahmat. Berbaring dan berfikir fikiran yang positif. Berzikir dan membaca al-Quran adalah jalan terbaik..

Perkahwinan Ikut Sunnah =)
Bila cerita tentang percintaan pada orang bujang, ramai akan kata seronoknya! Cuma bila masuk bab suruh kahwin, banyaklah alasannya nanti. Antara yang biasa kita dengar adalah alasan muda lagi, duit tak cukup lagi, tak cukup belanja hantaran, kereta belum habis bayar, rumah pun tidak ada lagi, kerja belum stabil, ibu dan bapa tidak bagi lampu hijau dan seumpamanya.
Tapi dalam masa yang sama, sudah hebat berpacaran ke sana ke mari. Keluar berduaan lelaki dan wanita sambil berpegangan tangan bagai dunia mereka yang punya.
Itulah realitinya, ramai di antara kita memandang perkahwinan dari sudut kos dan material. Tetapi lupa dari sudut agama.
Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar.

Kenapa perlu tunggu lama-lama membiarkan maruah dan agama digadai, mengumpul dosa dalam rindu, duit pula habis untuk pacaran? Bukankah itu jauh lebih sukar berbanding membelanjakan sedikit harta untuk sebuah perkahwinan yang benar? Maka, segerakanlah perkahwinan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ
“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها
“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)
Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.
Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kenapa kita pula bertindak meninggalkan sunnah Rasulullah dan memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri?

Perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar’i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?
Selari dengan pesanan Rasulullah bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, turut dianjurkan supaya kita menghulur bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.
Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)
Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan. Walaupun begitu, walimah tidaklah mesti dilakukan dengan seekor kambing. Tetapi perlulah bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari. Terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.
Ia tidaklah seperti sebahagian daripada kita hari ini yang berlebih-lebihan dalam walimah sehingga sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat besar dan gah.
Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan.
Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah sewajarnya diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga ada yang sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.
Di antara perkara buruk yang telah mula membudaya dalam majlis-majlis walimah hari ini yang dapat penulis sebutkan adalah seperti budaya mendedahkan aurat dan tabarruj (berdandan) untuk tontonan umum dalam praktik persandingan, menghambur-hambur harta (membazir) untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian, mencukur kening dan janggut, mengkhususkan adanya acara potong kek dan menyarung cincin perkahwinan, adat bersanding dan pelamin, upacara merenjis dan menepung tawar demi meraih keberkatan, bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, acara tahlilan khas memohon restu nenek moyang, menjemput bomoh tolak hujan, majlis karaoke dan nyanyi-nyanyian, permainan kuda kepang, menggantung gambar pengantin, dan seumpamanya.
Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih lagi apabila berlaku pembaziran wang untuk belanja solekan, set baju yang menggambarkan bentuk tubuh wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya (maksudnya), “Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Manakala acara khas sesi sarung cincin dan potong kek perkahwinan pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Malah penulis difahamkan harga sebuah set kek perkahwinan sahaja sudah berharga ratusan dan ada yang mencecah ribu ringgit.
Manakala amalan meminta individu tertentu untuk menolak dan menahan hujan dengan jampi tertentu agar majlis dapat berjalan lancar, maka ini termasuk pula ke dalam perbuatan syirik. Ini sama juga dengan adat menepung tawar yang tidak diketahui asal-usulnya dari ajaran agama Islam. Sebenarnya untuk tujuan ini, cukuplah dengan berdoa kepada Allah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara teknikal.

Jika di dalam majlis-majlis walimah tertentu mengandungi praktik-praktik maksiat seperti ini, terdapat petunjuk Rasulullah supaya tidak menghadirinya atau sekiranya mampu maka berilah nasihat dan teguran.
Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Hindarilah juga budaya pacaran tanpa nikah! Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar.
Dan sesiapa yang ingin berkahwin, rajin-rajinlah membaca doa jodoh ini. Mungkin kekasih kita itu lah jodoh kita di Arasy nanti.. Wallahu a’lam.
Wednesday, 26 June 2013
Tips Menjawab Exam
Assalamualaikum...
Da start paper ye... Ni ada tips2 utk korang untuk jawab exam nanti ye...
1) Niat jgn utk lps exam je.. Niat kerana Allah.. supaya dapat apply bila dah keje nanti ape yang kita belajar n exam ni
2) Mulakan dengan Bismillah... Tenangkan fikiran dan mulakan masuk dewan dengan langkah kaki kanan. Baca surah 3qul dan alam nasrah banyak2..
3) Dah duduk tempat menjawab tu jangan pulak sibuk nak tengok2 member.. sibuk nak make-up.. sibuk nak update status kat fb.. Kena selawat banyak2 semasa tulis nama di paper exam tu..
4) . Kalau bole tengok sekilas dulu soalan2 dalam paper tu. kena pandai bahagikan masa untuk menjawab soalan2 tersebut.. Jawab soalan yang senang dulu...
5) Kalau lupa, jangan cube2 nak meniru... zikir banyak2 inshaAllah dpt jawapan nanti..
6) Ape yang penting, kena study dulu sebelum exam... ni yang paling penting hehe

GOOD LUCK ON YOUR EXAM =)
Tuesday, 25 June 2013
Mee kari ketam/udang special sek 7 shah alam
Sekali hirup kuah kari dia, fuhh... Memang terangkat kening... xterkata dijawabnya.. Hehe sape yang datang shah alam tu dijemput2la dtg ke kedai ni.. Mkn mee kari ketam dan udang galah.. Dah nak dekat bulan puasa ni memang sedap berbuka dgn mee kari.. Jalan2 cari makan pun pernah mkn disini.. Ape lagi.. jom ramai2.. dekat dengan restoran Hakim lama dan Yazid Burger...
Sape yang xtahu jalan Shah Alam tu, ni peta utk dtg ke kdai ni.. haha
Sekali hari ni aku update blog dgn promote kedai ni plak.. huhu.. xpe kn sayang?? Dan untuk noy dan kenkawan y len tu kalau nak mkn kt sini jom ye jgn malu2.. Dan ni last pic tuk hari ni..
Jangan mara syg.. huhuuu (^,^)v
Monday, 24 June 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)